Wednesday, June 20, 2007

Reunion ke 6 - KRTU Subang 16 Jun 2007


KRTU Subang , Sabtu 16 Jun 2007 - Reunion TJP 41 ke 6 telah diadakan sekali lagi. Seawal jam 0700, Zamiran dan golf grupnya telah mulai menghayun kayu golfnya di lapangan golf KRTU. Perancangan telah dibuat awal dengan kaki golf spt Najib Lep, Asohan,Nor Azmi Mansur, Hanafiah, Wan Marzudi, Redza, Razak Omar, Ismail Suarno,Jarusman dll untuk memulai acara reunion dengan menghayun bola golf.
Bagi yang tidak terlibat, ahli-ahli mulai berkumpul mulai jam 1200 di Dewan Utama KRTU. Terima kasih kepada CO TUDM Subang Kol Tuan Mustafa kerana menggunakan kemudahan disitu. Tidak lupa kepada ajk penganjur diketuai Mej Jamaluddin Yakub. Reunion kali ini telah berjaya menghimpunkan seramai lebihkurang 40 ahli termasuk ahli-ahli terbaru iaitu Abd Aziz Latif, Ahmad Tajuddin Abd Ghani, Ismail Suarno, Wan Marzudi Wan Omar, Tee Thiam Hing, Yap Mou Soon ( s/u Kehormat Equastrian Malaysia ), Rashid Majid, Hanafiah Abd Manaf, Ahmad Jais ,Kamarulzaman.
Ucapan dari Lt Alias mengenai pendaftaran kelab, lawatan dan bantuan kebajikan ke rumah anak yatim/miskin dan perkara terbaru mengenai lawatan bersama keluarga ke Medan Indonesia. Mej Razak Omar akan memaklumkan perkembangan ini jika ahli-ahli berhasrat untuk ke Medan. Ucapan Tuan Mustafa adalah mengenai kemudahan yang dapat disediakan di KRTU Subang dan Zamiran juga membawa promoter mengenai keahlian kelab golf.
Gambar-gambar reunion ke 6 juga telah diuploadkan ke dalam yahoo group.