Reunion ke 6 - KRTU Subang 16 Jun 2007
Bagi yang tidak terlibat, ahli-ahli mulai berkumpul mulai jam 1200 di Dewan Utama KRTU. Terima kasih kepada CO TUDM Subang Kol Tuan Mustafa kerana menggunakan kemudahan disitu. Tidak lupa kepada ajk penganjur diketuai Mej Jamaluddin Yakub. Reunion kali ini telah berjaya menghimpunkan seramai lebihkurang 40 ahli termasuk ahli-ahli terbaru iaitu Abd Aziz Latif, Ahmad Tajuddin Abd Ghani, Ismail Suarno, Wan Marzudi Wan Omar, Tee Thiam Hing, Yap Mou Soon ( s/u Kehormat Equastrian Malaysia ), Rashid Majid, Hanafiah Abd Manaf, Ahmad Jais ,Kamarulzaman.
Ucapan dari Lt Alias mengenai pendaftaran kelab, lawatan dan bantuan kebajikan ke rumah anak yatim/miskin dan perkara terbaru mengenai lawatan bersama keluarga ke Medan Indonesia. Mej Razak Omar akan memaklumkan perkembangan ini jika ahli-ahli berhasrat untuk ke Medan. Ucapan Tuan Mustafa adalah mengenai kemudahan yang dapat disediakan di KRTU Subang dan Zamiran juga membawa promoter mengenai keahlian kelab golf.
Gambar-gambar reunion ke 6 juga telah diuploadkan ke dalam yahoo group.