Thursday, January 09, 2014

AGM KELAB41 @ 2013 pada 25 Dis 13

Mesyuarat Agung KELAB41 2013 telah diadakan diperkarangan kediaman Tuan Mustapha Tuan Hussin di OMQ K4 Jln Pertiwi PU Subang pada 25 Dis 2013 jam 1500. Seramai lebihkurang 33 ahli kelab telah hadir. Saudara Zamiran bin Hashim telah dipilih sebulat suara sebagai Presiden KELAB41 sesi 2013/2014. Mesyuarat juga bersetuju melantik muka baru sebagai AJK. Tuan rumah juga berbesar hati menyediakan makan tengahari untuk tetamu-tetamunya serta diserikan lagi acara cabutan bertuah yang disediakan oleh  Saudari Masita bte Shariman. Kehadiran pasangan pengantin baru Saudara Malek Itot menambah seri suasana kerana ditakuti ianya berjangkit kepada individu lain. Pada sebelah paginya aktiviti golf berjalan secara berasingan. Semoga aktiviti yang dirancang untuk tahun 2014 akan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat terutama Tuan Mustapha. Semoga KELAB41 terus maju ke hadapan...Amin

Dinner 2013 @ Concorde Hotel KL

Aktiviti tidak rasmi KELAB41 telah diadakan di Concorde Hotel KL pada malam 8 Dis 13. Seramai lebihkurang 18 orang ahli menghadiri majlis makan malam yang diatur khas oleh Dato' Wan Marzudi bin Wan Omar. Acara diserikan lagi dengan kehadiran seorang jurulatih SPK tahun 1981/1982 iaitu PW 1 Yusuf. Cerita-cerita notalgia dahulu turut diingati kembali bersama-sama En Yusuf tatakala kami semua menjadi kadet di SPK Sebatang Karah dahulu. Terima kasih sekali lagi kepada Dato' Wan Marzudi bin Wan Omar kerana membiayai sepenuhnya majlis di atas. Amin

Santai KELAB41 @ Kem Batu Kantonmen 2013






              Sempena meraikan kenaikan pangkat Brig Jen Ahmad Tajuddin Abd Ghani (Panglima 4 Bgd) dan meraikan ahli-ahli yang akan menunaikan fardu haji 1434H ( Saudara Meor Anuar Suhaili, Saudari Normala dan Saudari Junaida ), satu jamuan ala hi tea telah diadakan di kawasan pejabat SSO Batu Kantonmen KL pada 02 Okt 2013 mulai jam 1500. Seramai lebihkurang 20 orang ahli kelab telah hadir. Persiapan majlis telah mendapat kerjasama Kem Komandan Batu iaitu Lt Kol Hj Abdul Rahman serta dibantu oleh staf SSO  manakala jamuan keseluruhan ditaja oleh  Kol Meor Anuar Suhaili. Majlis dimulakan dengan sedikit doa selamat yang disempurnakan oleh Tuan Guru KAGAT SSO Batu Kantonmen dan majlis berakhir kira-kira jam 1700. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kem Komandan dan Kol Meor serta semua pihak yang terlibat sama. Semoga aktiviti sedemikian akan berterusan untuk masa akan datang.

Reunion 2013 @ Wisma Perwira Kor Ordans DiRaja Batu Kantonmen KL

Reunion KELAB41 untuk tahun 2013 telah diadakan di Wisma Perwira Kor Ordnans DiRaja Kem Batu Kantonmen KL pada 16 Mac 2013 mulai jam 2000. Seramai lebihkurang 31 ahli-ahli kelab telah hadir bersama-sama keluarga/berseorangan di mana konsep jamuan berbentuk ala BBQ. Sesi memperkenalkan anggota keluarga juga turut diadakan selain persembahan video dan karaoke. Adhoc Pengerusi iaitu Kol TJ dengan dibantu oleh Lt Kol Hj Abdul Rahman selaku Kem Komandan Batu Kantonmen telah menubohkan AJK sementara disepanjang aktiviti tersebut. Selain itu cabutan bertuah juga telah diadakan di mana ada juga  di antara ahli-ahli membawa sendiri hamper  sebagai sumbangan cabutan bertuah. Selain bertemu, berbual dan berkenal-kenalan sesama ahli, reunion ini juga dapat mengimbau kembali suasana semasa ahli-ahli menjadi kedet di SPK PD pada tahun 1981/1982. Terima kasih juga diucapkan kepada Lt Kol Hj Abdul Rahman dan AJK-AJKnya kerana telah berjaya melaksanakan tugasan. Semoga KELAB41 akan terus aktif, berkembang dan disegani. Terima kasih kepada semua.

Wednesday, October 03, 2012

Majlis Perjumpaan KELAB41 @ Hariraya 1433H

Satu Majlis Perjumpaan KELAB41 @ Hariraya Eidulfitri 1433H telah diadakan di JKR 2509 Jalan Bukit Petaling/Jalan Bellamy KL pada malam Sabtu 22 Sep 12. Ahli KELAB41 Sdr HARON BIN HJ JAAFAR dan keluarga berbesar hati untuk menyediakan semua keperluan sempena majlis tersebut. Seramai lebihkurang 34 Ahli KELAB41 hadir bersama-sama keluarga di majlis tersebut. Seluruh ahli kelab ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd Sdr Haron Hj Jaafar dan keluarga atas kesudian menganjurkan majlis tersebut. Semua ahli turut mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci Sdr Haron dan Isteri , semoga mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan pulang. Amin.

Reunion Sempena 30 Tahun - 10 Mac 12

Bersempena dengan genap ke 30 tahun pentauliahan TJP41/Lady 2, majlis reunion telah diadakan di PULAMOR PD (kwsn Boat House) pada malam 10 Mac 12. Acara dimulakan dengan doa selamat dan tahlil arwah di kawasan surau PULAMOR. Surau ini adalah salah satu tempat yang nostalgik untuk seluruh kedet-kedet SPK. Acara diketuai oleh staf KAGAT PULAMOR. Sedikit cenderahati oleh Ahli KELAB 41 disampaikan kepada iman surau sebagai tanda kenang-kenangan. Seterusnya semua keluarga berkumpul di kawasan Boat House PULAMOR untuk acara makan dan berkenal-kenalan. Reunion kali ini telah dihadiri lebihkurang 40 Ahli KELAB 41.Terima kasih juga diucapkan kepada AJK terlibat khususnya skot iaitu LtC Khairuddin Aksah yg juga berkebetulan merupakan staf PULAMOR kerana sanggup menyediakan tempat dan sajian untuk majlis tersebut.Semoga KELAB 41 terus maju ke hadapan.

Monday, September 26, 2011

JAMUAN HARIRAYA AIDIL FITRI 25 SEP 11

Bersempena Hariraya Aidilfitri 1432H, KELAB 41 telah menganjurkan jamuan hariraya di sekitar Kolam Renang KEMENTAH pada 25 Sep 11 mulai jam 1100 - 1630. Seramai lebihkurang 15 ahli bersama 15 keluarga telah hadir. Terima kasih kpd Mohd Noh Daim selaku Peg Mem Kem KEMENTAH & Normala Omar selaku bendahari serta ahli-ahli lain yang turut terlibat. Maaf dipohon pada segala kekurangan yang ada. Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin.

Thursday, April 14, 2011

Aktiviti Sabtu 9 Apr 2011

Salah satu aktiviti KELAB 41 pada Sabtu 9 Apr 2011. Majlis BBQ dan Sambutan Hari Lahir telah diadakan di Wisma Perwira KPTD Kem Genting KL.Seramai 15 peg wanita + 11 peg lelaki TJP 41/Intake 2 Lady hadir. Terima kasih Pn Normala Omar, AJK Wisma serta para sponsor pada majlis tersebut. Kepada ahli-ahli KELAB 41 yang tidak berkesempatan, diharap dapat meluangkan masa pada pertemuan akan datang.Selamat Maju Jaya KELAB 41.


Saturday, March 26, 2011

JEMPUTAN WALIMATULURUS



AHLI KELAB 41 - Kapten (B) Zakaria Wahid ORDNANS menjemput semua ahli-ahli kelab 41 ke majlis perkahwinan anak beliau pada 01 Mei 2011 (AHAD). Alamat beliau seperti yang tertera. Beliau amat berbesar hati agar ahli-ahli yang tidak pernah bersua muka lebihkurang 29 tahun dapat hadir sempena majlis di atas.

Sunday, March 20, 2011

KELAB 41 - AGM 2 PADA 19 MAC 2011


Bertempat di Wisma Perwira Semboyan Jalan Ampang Kuala Lumpur, seramai 26 ahli KELAB 41 telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 2.AGM yang pertama telah diadakan pada tahun 2009 di Wisma KPT. Pada pemilihan kali ini, Presiden KELAB 41 masih dikekalkan kepada Sdr Alias Hamid, Timb Presiden Sdr Ahmad Tajuddin Abd Ghani, Setiausaha Sdr Mohd Halim Khalid,Bendahari Sdri Normala Omar, Timb Setiusaha Sdr Daud Hamid dan Perhubungan Awam Sdr Mohd Razak Omar. Seramai 7 AJK baru telah dilantik iaitu, Sdr Hj Abd Karim Md Nor, Sdr Abd Razak Omar, Sdr Azaldin Abdullah, Sdr Hamzah Ali, Sdr Zamiran,Sdri Junaidah dan Sdri Mariah Ibrahim. Antara amanat Presiden adalah supaya KELAB 41 dapat berfungsi dengan jayanya untuk masa akan datang selaras dengan perlembagaan ROC kerana KELAB 41 telah diluluskan sebagai sebuah pertubuhan yang SAH. Selamat Maju jaya KELAB 41.


Wednesday, March 09, 2011

AGM 2 KELAB 41


PERHATIAN - Semua Ahli KELAB41. AGM 2 KELAB 41 akan diadakan pada hari SABTU 19 Mac 2011 di Wisma Perwira Semboyan Jln Ampang KL. Aturcara spt berikut : Pagi - Golf di KDE Ampang. 1300 - Makan Tengahari di Wisma Perwira Semboyan. 1430 - AGM 2 bermula. 1600 - Acara dijangka tamat. Maklumkan kepada semua ahli kelab. Semoga kehadiran kali ini lebih ramai dari acara sebelumnya.