Thursday, January 09, 2014

AGM KELAB41 @ 2013 pada 25 Dis 13

Mesyuarat Agung KELAB41 2013 telah diadakan diperkarangan kediaman Tuan Mustapha Tuan Hussin di OMQ K4 Jln Pertiwi PU Subang pada 25 Dis 2013 jam 1500. Seramai lebihkurang 33 ahli kelab telah hadir. Saudara Zamiran bin Hashim telah dipilih sebulat suara sebagai Presiden KELAB41 sesi 2013/2014. Mesyuarat juga bersetuju melantik muka baru sebagai AJK. Tuan rumah juga berbesar hati menyediakan makan tengahari untuk tetamu-tetamunya serta diserikan lagi acara cabutan bertuah yang disediakan oleh  Saudari Masita bte Shariman. Kehadiran pasangan pengantin baru Saudara Malek Itot menambah seri suasana kerana ditakuti ianya berjangkit kepada individu lain. Pada sebelah paginya aktiviti golf berjalan secara berasingan. Semoga aktiviti yang dirancang untuk tahun 2014 akan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat terutama Tuan Mustapha. Semoga KELAB41 terus maju ke hadapan...Amin

Dinner 2013 @ Concorde Hotel KL

Aktiviti tidak rasmi KELAB41 telah diadakan di Concorde Hotel KL pada malam 8 Dis 13. Seramai lebihkurang 18 orang ahli menghadiri majlis makan malam yang diatur khas oleh Dato' Wan Marzudi bin Wan Omar. Acara diserikan lagi dengan kehadiran seorang jurulatih SPK tahun 1981/1982 iaitu PW 1 Yusuf. Cerita-cerita notalgia dahulu turut diingati kembali bersama-sama En Yusuf tatakala kami semua menjadi kadet di SPK Sebatang Karah dahulu. Terima kasih sekali lagi kepada Dato' Wan Marzudi bin Wan Omar kerana membiayai sepenuhnya majlis di atas. Amin

Santai KELAB41 @ Kem Batu Kantonmen 2013






              Sempena meraikan kenaikan pangkat Brig Jen Ahmad Tajuddin Abd Ghani (Panglima 4 Bgd) dan meraikan ahli-ahli yang akan menunaikan fardu haji 1434H ( Saudara Meor Anuar Suhaili, Saudari Normala dan Saudari Junaida ), satu jamuan ala hi tea telah diadakan di kawasan pejabat SSO Batu Kantonmen KL pada 02 Okt 2013 mulai jam 1500. Seramai lebihkurang 20 orang ahli kelab telah hadir. Persiapan majlis telah mendapat kerjasama Kem Komandan Batu iaitu Lt Kol Hj Abdul Rahman serta dibantu oleh staf SSO  manakala jamuan keseluruhan ditaja oleh  Kol Meor Anuar Suhaili. Majlis dimulakan dengan sedikit doa selamat yang disempurnakan oleh Tuan Guru KAGAT SSO Batu Kantonmen dan majlis berakhir kira-kira jam 1700. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kem Komandan dan Kol Meor serta semua pihak yang terlibat sama. Semoga aktiviti sedemikian akan berterusan untuk masa akan datang.

Reunion 2013 @ Wisma Perwira Kor Ordans DiRaja Batu Kantonmen KL

Reunion KELAB41 untuk tahun 2013 telah diadakan di Wisma Perwira Kor Ordnans DiRaja Kem Batu Kantonmen KL pada 16 Mac 2013 mulai jam 2000. Seramai lebihkurang 31 ahli-ahli kelab telah hadir bersama-sama keluarga/berseorangan di mana konsep jamuan berbentuk ala BBQ. Sesi memperkenalkan anggota keluarga juga turut diadakan selain persembahan video dan karaoke. Adhoc Pengerusi iaitu Kol TJ dengan dibantu oleh Lt Kol Hj Abdul Rahman selaku Kem Komandan Batu Kantonmen telah menubohkan AJK sementara disepanjang aktiviti tersebut. Selain itu cabutan bertuah juga telah diadakan di mana ada juga  di antara ahli-ahli membawa sendiri hamper  sebagai sumbangan cabutan bertuah. Selain bertemu, berbual dan berkenal-kenalan sesama ahli, reunion ini juga dapat mengimbau kembali suasana semasa ahli-ahli menjadi kedet di SPK PD pada tahun 1981/1982. Terima kasih juga diucapkan kepada Lt Kol Hj Abdul Rahman dan AJK-AJKnya kerana telah berjaya melaksanakan tugasan. Semoga KELAB41 akan terus aktif, berkembang dan disegani. Terima kasih kepada semua.