Tuesday, January 22, 2008

Reunion Ke 7 - Restoran Rasa Sayang (Old Town White Coffee) Jln Yap Kwan Seng KL


REUNION KE 7 - RESTORAN RASA SAYANG ( OLD TOWN WHITE COFFEE) JLN YAP KWAN SENG KUALA LUMPUR
1 JANUARI 2008
Selamat Tahun Baru 2008 kepada rakan-rakan TJP 41 dan Wanita 2. Semoga tahun 2007 lalu membawa seribu kenangan pahit dan manis. Tahun 2008 akan membawa beribu-ribu makna dengan tekad dan azam yang lebih membara. Reunion ke 7 secara adhoc ini telah dihadiri lebihkurang 20 orang rakan-rakan. Muka baru kali ini ialah Kapt (B) Zainuddin Ali dari Kor Rejimen Semboyan Diraja. Muka-muka lama adalah spt Alias, Jamal,Tuan Roslan, Tee, Hamzah Ali, Jamuldin, Azaldin, Rahim, Mohd Noh, Zamiran, Daud dan beberapa nama lain. Fokus perjumpaan adalah membincangkan pendaftaran kelab, aktiviti semasa dan aktiviti akan datang.
Aktiviti semasa adalah lawatan ke rumah rakan iaitu Mej Yaziz bin Ngah di Kuantan. Beliau kini terlantar di rumah kerana sakit barah (kanser). Zamiran dan rakan-rakan lain akan menguruskan lawatan tersebut. Kita mendoakan semoga beliau beransur sembuh. Aktiviti lain adalah perjumpaan selanjutnya dirancang ditempat yang sama pada awal Mac 2008. Semoga Club 41 akan terus ceria pada tahun-tahun mendatang.