Wednesday, April 25, 2007

TJP 41 - 'Memory Lane' di Sebatang Karah PD

Padang Kawad Sebatang Karah yang begitu nostalgik untuk TJP 41








Pada 14 April 2007 , reunion ke 5 telah di adakan di PLPM Port Dickson. Kali ini bersama ahli keluarga masing-masing dan bermalam di apt yg disediakan oleh Mej Jamaluddin. Kali ini seramai lebihkurang 20 orang rakan-rakan baru mulai menyertai reunion. Tahniah kepada Mej Asohan, Kapt (B) Rahim Mahmood, Kapt ( B) Ibrahim Armor, Mej Robaai, Mej Sulaiman Ngalimin,Kapt (B) Noraini, Lt Kol Md Rizan Cdo, Kapt (B) Hishamuddin Armor, Kapt(B) Madi Arahan,Mej Lim Eng Lye TUDM, Mej (B) Hj Azhari TUDM, Mej Nazrin TUDM dan ramai lagi kerana sudi menyertai. Ahli rombongan berkonvoi dari Plaza Tol Sg Besi jam 1030 dan mulai membanjiri PLPM seawal jam 1200 tgh. Makan tengahari disediakan selepas itu. Selepas makan tgh, aktiviti keluarga untuk anak-anak dan isteri di adakan berhampiran swimming pool PLPM. Ada anak-anak yang terus berendam dari saat tiba hingga maghrib. Mesyuarat diadakan mulai jam 1530 dan tamat jam 1730. Banyak resolusi baru dari ahli-ahli. Mulai jam 1800, lawatan berkonvoi dengan keluarga bermula dari Padang Kawad Sebatang Karah dan berakhir di Padang Kawad BN Tuah. Terlalu banyak nostagia terdahulu di kedua-dua tempat ini. Selepas itu satu tahlil arwah 5 sahabat di adakan disurau PLPM diketuai oleh Hj Salim. Tamat tahlil, jamuan BBQ di adakan berhampiran swimming pool. Terima kasih Mej (B) Razak TUDM untuk menu seekor kambing tambahan dan hadiah aktiviti keluarga dari Lt Kol Hamzah Ali. Mej Sulaiman Ngalimin turut menghulurkan cenderahati. Acara karaoke didahului oleh Mej Asohan.
Sebelum berakhir acara, semua ahli yang hadir diminta memperkenalkan isteri masing-masing kepada hadirin. Acara berakhir dan ada yang terus berkaraoke sehingga dinihari. Sangat meriah dan ianya begitu mesra sekali. Terima kasih pengajur.