Thursday, February 15, 2007

TJP 41 - Rakan-Rakan Setia Wanita ke 2

( Foto Sumbangan Mej Mazlizz Seet )

Semoga foto di atas akan mengimbau kenangan lalu rakan-rakan sekelian khususnya wanita ke 2 yang baru saja meraikan ulangtahun ke 25 pentauliahan pada 6 Mac 2007. Semoga ikatan persaudaraan akan bertambah erat khasnya pada tarikh reunion ke 6 yang bakal di adakan di PLPM Port Dickson pada hari Sabtu 14 April 2007. Sekian wsalaam.


Sunday, February 11, 2007

Reunion ke 4 - Kem Genting Kelang 10 Feb 2007


Wisma Perwira PULAPOT Kem Genting Kelang menjadi destinasi ke 4 untuk tujuan reunion kali ini. Terima kasih kepada Mej Normala Omar dan ajknya kerana sudi menyediakan semua keperluan seadanya. Seperti biasa lebihkurang 40 ahli dapat berkumpul. Ada penambahan muka baru yang menyertai CLUB 41 yang sudi hadir kali ini. Ramai lagi rakan-rakan lama samada yang masih berkhidmat atau telah bersara setelah 25 tahun berpisah masih tidak dapat bersama-sama dalam reunion. Kepada rakan-rakan yang mempunyai alamat sahabat-sahabat kita, mohon panjangkan bahawa skot kita masih utuh dan mampu bersatu kembali. Seterusnya perjumpaan ke 5 dirancang pada hari Sabtu 10 Mac 2007 di Pusat Latihan Pengaman Malaysia Port Dickson. Berada di sana lebihkurang jam 1100 pagi. Untuk keterangan lanjut hubungi Mej Daud 012-3151653 @ 03-20712054.